SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMPAS

   JOHOR BAHRU, JOHOR 

   TEL : 07 2320407 FAX : 07 - 2320409

PROFILE SMKK

::Laman Utama  :: Prolife SMKK
 

Agenda

                     Kecemerlangan pendidikan merupakan penentu halatuju kemajuan masa depan negara. Tuntutan terhadap kecemerlangan setiap individu pelajar merupakan intipati Falsafah Pendidikan Negara yang menegaskan usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

                    Sekolah yang cemerlang memerlukan barisan guru yang berkesan dengan ciri kepimpinan yang berkesan dan cemerlang. Dalam hal ini, falsafah sekolah ini menekankan perihal pertanggungjawaban warga pendidik SMK Kempas, Johor Bahru dalam memperkembang potensi untuk anak didik kita ke arah kecemerlangan melalui usaha bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

                    Kita perlu sentiasa berfikiran positif, peka dan proaktif dengan tindakan yang dapat mencerminkan kesedaran, kematangan dan kebertanggungjawaban guru dalam usaha membawa anak didik kita dari ‘dunia gelap’ mereka ke dunia kecemerlangan. Dalam keadaan sekolahlah antara tempat paling selamat untuk anak didik kita, kita perlu memastikan pembentukan acuan budaya sekolah yang positif, dengan penyediaan peluang untuk pelajar menikmati pengajaran-pembelajaran berkualiti dalam suasana yang kondusif.

                Demikianlah tuntutan ‘wajar dan adil’ yang wajib kita penuhi tanpa tolak ansur. Dan, semua ini menuntut budaya kerja cemerlang para pendidik SMK Kempas Johor Bahru, dengan komitmen dan semangat tinggi, dengan kepekaan, dan dengan kejujuran dan keikhlasan. Dan, semoga khidmat bakti dan usaha murni kita seterusnya diredai dan dirahmati Allah, InsyaAllah.

 

 

 Matlamat
  • Melahirkan pelajar yang berkeupayaan memperkembangkan potensi ke arah kecemerlangan diri di bidang sahsiah, akademik dan ko-kurikulum

  • Menyediakan peluang pendidikan berkualiti, adil dan seimbang selaras dengan perkembangan iklim pendidikan semasa

Misi
  • Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

  • Menerapkan dan memupuk nilai moral dan berdisiplin yang tinggi di kalangan warga sekolah ke arah pembentukan sahsiah yang mulia

  • Meningkatkan penyediaan prasarana ke arah mewujudkan iklim sekolah yang kondusif

  • Mengukuhkan semangat kekitaan dan kerjasama sepasukan di kalangan warga sekolah ke arah mewujudkan budaya kerja yang cemerlang

  • Mengukuhkan hubungan dan permuafakatan antara sekolah dengan komuniti setempat

Falsafah
  • Sesungguhnya pendidikan di SMKK mendukung aspirasi (memperkembangkan potensi seluruh pelajarnya ke arah kecemerlangan (sebagai insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani) secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan memlalui pertanggungjawaban, kepakaran dan dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional seluruh warga pendidiknya demi masa depan bangsa dan negara

Visi
  • Menjadi Sekolah Cemerlang di Zon Tampoi, Johor Bahru pada Tahun 2009

Piagam Pelanggan
  • Kami warga pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk

    • Memastikan bahawa hala tuju pendidikan sekolah ini berjalan dengan baik selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan

    • Mengutamakan kepentingan dan kebajikan pelajar kami mengatasi kepentingan diri kami sendiri

    • Memastikan bahawa semua pelajar kami mendapat hak dan peluang yang sama untuk belajar dan menjalankan kegiatan berunsur pendidikan serta mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya

    • Sentiasa peka dan responsif kepada keperluan pelajar, masyarakat dan negara serta sanggup menerima pandangan dan teguran membina

    • Sentiasa berusaha untuk  memberi khidmat cekap dan layanan yang mesra

Ikrar Pelajar
  • Bahawasanya kami putera puteri SMKK dengan penuh kesedaran dan kesyukuran berikrar akan :

    • Taat kepada perintah Tuhan

    • Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah kami

    • Sentiasa menjaga tatasusila kami dan nama baik sekolah kami

    • Belajar bersungguh-sungguh demi masa depan kami

    • Sesungguhnya kami memilih kejayaan dan menyakini kejayaan kami

Lagu SMKK - "Bersusila, Berilmu, Berbudaya"

 

Bersusila berilmu berbudaya

Inilah cogankata bersama

Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas

Melangkah ke persada jaya

 

Putera puterinya bersemangat waja

Tunaikan cita-cita membara

Berbudi bahasa hormat dan setia

Padamu guru dan ibubapa

 

Usaha dicurahkan

Jasa ditaburkan

Doa dipohonkan

Semoga sejahtera

SMKK tercinta

 

Menjunjung harapan ibu pertiwi

membina generasi bistari

Menjulang martabat bangsa dan negara

Seiring sehati sejiwa

 
 

home